PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PdP
by : CIKGU AINA
PROFIL DIRI
Nama : Aina Shafina Bt.
Zainal Abidin
No.
Matrik : D 20111047647
Negeri
asal : Perak
Tarikh
Lahir : 6 Februari 1991
Bilangan
adik-beradik : 4 orang
Latar
belakang pendidikan: - SK Convent Kota, Taiping (1998 -
2003)
- SMK Taman Tasik, Taiping (2004 - 2008)
- SMK Taman Tasik, Taiping (2004 - 2008)
- SMK King Edward VIII, Taiping (2009 - 2010)
Nama
Sekolah Latihan Mengajar :
SMK Taman Panglima, Taiping
Program
Major :
ISMP Bahasa Melayu
Program
Minor :
Kesusasteraan Melayu
Fakulti : Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Jawatan
yang disandang serta penglibatan semasa Latihan Mengajar :
- Guru Pembimbing Persatuan Bahasa Melayu
- Guru Penasihat Unit Beruniform Renjer
Puteri
- Guru Pelatih Pasukan Koir Renjer
Puteri
- Guru Pelatih Pasukan Kawad Unit Beruniform
SMK Taman Panglima 2014
- Guru Pelatih Program Celik Membaca SMK
Taman Panglima 2014
- Ahli Jawatankuasa Tugas-tugas Khas
Perkhemahan Perdana SMK Taman
Panglima 2014
- Ahli Jawatankuasa Buletin, Dokumentasi
dan Laporan Sambutan Bulan
Kemerdekaan 2014
- Ahli Jawatankuasa Majlis Berbuka Puasa
SMK Taman Panglima 2014
- Ahli Jawatankuasa Majlis Bacaan Yaasin
dan Solat Hajat Perdana SMK Taman
Panglima 2014
- Ahli Jawatankuasa Program
Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan
Bahasa Inggeris (MBMMBI)
- Pertandingan Boling Antara Guru-guru SMK
Taman Panglima, Taiping
Jawatan
yang disandang serta penglibatan
sepanjang tempoh pengajian di UPSI :
- Penolong Bendahari Kelab Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS) UPSI
- Rakan Exco Akademik dan Kerjaya Kolej
Za'ba
- Ahli Jawatankuasa Persidangan
Kebangsaan Tulisan Jawi Kali Kedua
- Ahli Jawatankuasa Seminar Wacana
Pemikiran Dato' Dr. Hassan Ahmad
- Ahli Jawatankuasa Protokol Majlis Malam
Bintang Begemerlapan Psikolinguistik
- Ahli Jawatankuasa Seminar Teori
Kritikan Sastera Melayu
- Ahli Jawatankuasa Penerbitan dan
Informasi Pementasan Teater Dari Lumpur
- Ahli Jawatankuasa Persiapan Tempat Kem
Kepimpinan Pembimbing Rakan
Sebaya UPSI
LATAR BELAKANG SEKOLAH SMK TAMAN PANGLIMA
TAIPING, PERAK
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Panglima Assam Kumbang atau nama
ringkasnya SMK Taman Panglima (SMKTP), merupakan sebuah sekolah menengah
kebangsaan yang terletak di Taiping. Sekolah ini adalah sekolah menengah harian
yang terletak di bawah tadbiran daerah Larut Matang dan Selama. Sekolah ini
mula menerima pelajar pada tahun 2002. Pada tahun pembukaan sekolah tersebut,
sekolah ini memiliki seramai lebih kurang 1000 orang pelajar, 71 orang guru dan
10 orang staf bukan akademik. Puan Rahimah binti Jamaluddin merupakan pengetua
sekolah ini sejak 1 Julai 2007 bagi menggantikan Encik Mat Sari bin Dan yang
bersara wajib pada 22 Jun 2007. Pada tahun 2009 pula, Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Panglima memiliki seramai 529 orang pelajar lelaki dan 477
orang pelajar perempuan. Bilangan ini menjadikan jumlah keseluruhan pelajar
adalah seramai 1006 orang. Manakala bilangan gurunya pada tahun tersebut pula
adalah seramai 70 orang.
CORETAN KENANGAN SEPANJANG LATIHAN MENGAJAR
Bersama pelajar-pelajar kelas 2 PC |
Pasukan Gamelan SMK Taman Panglima, Taiping |
Latihan Kawad Unit Beruniform |
KONSEP INTEGRASI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
Seiring
dengan perkembangan dunia semasa dan era globalisasi, bidang pendidikan turut
mengalami perubahan yang pesat dari segi sistem mahupun pengurusannya. Dalam
konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan,
konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan
global dan sebagainya (Abd.Rahim, 2005). Perubahan ini memberikan kesan sama
ada positif dan juga negatif kepada masyarakat terutamanya negara-negara
membangun. Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan
trend dan ideologi abad ke-21.Teknologi Pendidikan memberi kesan yang besar ke
atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara
membangun seperti Malaysia. Justeru itu, perubahan daripada pendekatan
pendidikan bersifat tradisional atau berasaskan kertas dan pen memerlukan
transformasi dengan segera untuk berubah kepada pendidikan yang berteknologi. Perubahan
ini bukan sahaja terhad kepada usaha pihak kerajaan semata-mata sebaliknya memerlukan
penglibatan semua pihak. Misalnya, dengan adanya penubuhan MSC suatu ketika
dahulu, Malaysia menjadi negara yang berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan
cabaran globalisasi dan era teknologi maklumat. Revolusi maklumat hasil
daripada kemajuan teknologi memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan. Di
samping itu, kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk
mempertingkatkan martabat profesion keguruan.
Saban
hari, profesion perguruan semakin rancak disogokkan dengan penggunaan pelbagai
teknologi untuk memperbaharui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu aspek
pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran (murid
menggunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan,
aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula teknologi digunakan
sebagai tutor dan alat demonstrasi. Penggunaan teknologi dalam PdP memerlukan
kemahiran dan komitmen guru secara tepat dan berfokus. Peranan guru dalam
mengintegrasikan teknologi terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran
bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi
PdP. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar
dan menjadikan proses PdP kurang berkesan.
Kecanggihan
yang semakin berkembang menyediakan banyak manfaat kepada manusia. Pelaksanaan
aktiviti dalam kehidupan seharian menjadi semakin mudah, efektif dan efisien
dengan kewujudan pelbagai alat teknologi. Demikian juga dengan aktiviti PdP di
dalam bilik darjah. Penggunaan alat-alat teknologi semasa sesi PdP bukan sahaja
menjadikan sesi tersebut lebih menarik dan mudah, tetapi mampu meningkatkan
minat dan fokus para pelajar. Pengintegrasian teknologi dalam pendidikan bukan
sekadar menjadi trend dan ikutan semata-mata, tetapi lebih menjurus kepada
pengaplikasian sebuah pendekatan baru dan terkini dalam menghasilkan satu sesi
PdP yang berinovasi.
Istilah
teknologi dikaitkan dengan alat teknologi moden (komputer, projektor LCD,
overhead projektor, tv, dll.).
Teknologi
bermaksud produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan
negara atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem penididikan atau
latihan. Istilah pengintegrasian pula berasal daripada kata dasar integrasi
yang membawa maksud bergabung atau berpadu. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2010:582), pengintegrasian ditakrifkan sebagai proses
mengintegrasikan sesuatu (masyarakat,pandangan,dll). Konsep
integrasi teknologi dalam pendidikan boleh didefinisikan sebagai
pengintegrasian tanpa batas antara pelbagai media dalam satu persekitaran
digital bagi memenuhi tujuan persekitaran pembelajaran, pedagogi, reka bentuk
kurikulum dan stail pembelajaran pelajar (Halimah, 2005).
Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam PdP
memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam
kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari
bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru
menggabungkan teknologi dalam PdP. Elemen yang penting dalam mengintegrasi
teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung
dengan teknologi. Menurut Tajul Ariffin dan Nor’Aini (2002) kejayaan negara
yang bertitik-tolak dari pembentukan modal insan yang cemerlang sentiasa berkait
rapat dengan kejayaan dalam bidang pendidikan. Integrasi teknologi dalam bidang
pendidikan dilihat membantu pelajar dan juga guru untuk memantapkan proses PdP.
Selain itu, pengintegrasian teknologi dalam pendidikan telah membentuk
pembelajaran secara autentik dengan cara pelajar diberi peluang belajar untuk
menyelesaikan masalah berdasarkan tugas dunia sebenar.
CARA MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
Dalam proses PdP guru memainkan peranan
bermula dari persediaan sebelum mengajar, semasa mengajar dan juga penilaian
selepas sesi PdP. Umumnya, penggunaan alat-alat teknologi semasa PdP mampu
menjadikan sesi tersebut lebih menarik dan mudah, serta mampu meningkatkan
minat dan fokus para pelajar. Penggunaan peralatan teknologi seperti ini bukan
menjadi trend dan ikutan semata-mata, tetapi lebih menjurus kepada
pengaplikasian sebuah pendekatan baharu dan terkini dalam menghasilkan satu
sesi PdP yang berinovasi. Antara peralatan teknologi terkini yang boleh digunakan oleh guru
ketika sesi PdP di dalam kelas adalah seperti komputer (desktop, laptop,
notebook), kamera (digital,video), projektor (overhead projektor,
projektor LCD), pembesar suara (speaker), skrin layer dan juga peralatan
multimedia lain (software/perisian pengarangan).
Peralatan teknologi yang boleh digunakan oleh guru semasa PdP |
Berdasarkan
contoh-contoh perlatan teknologi di atas, guru boleh menggunakannya mengikut
kreativiti masing-masing. Tetapi jika guru hanya menggunakan peralatan tersebut
sahaja, ianya masih belum mencukupi untuk mencapai tuntutan teknologi.
Sehubungan itu, guru boleh mengaplikasikan penggunaan pengisian pengarangan
yang pelbagai bagi mengintegrasikan teknologi dalam PdP. Perisian Pengarangan
bermaksud perisian yang
digunakan untuk mengintegrasikan elemen-elemen perisian seperti teks, grafik,
animasi, audio dan video dalam menghasilkan sebuah perisian kursus pendidikan
yang interaktif (Goh Boon Cheng, 2009). Dengan adanya perisian
seperti ini, ianya dapat
menjimatkan masa untuk menghasilkan suatu aplikasi yang rumit.
Bukan itu sahaja malahan, perisian pengarangan mampu menyediakan persekitaran dengan menghubungkan semua
isi kandungan ke dalam sebuah aplikasi yang ingin dibangunkan. Setiap perisian
pengarangan pula mempunyai fungsi serta jenisnya yang tersendiri. Antara fungsi
dan jenis yang dimaksudkan ialah :
Fungsi
|
Contoh
|
Mengedit
|
• Perisian
menyediakan peralatan mengedit elemen-elemen multimedia : grafik, animasi,
teks, audio dan video.
• Contoh
: Adobe Photoshop, Adobe Ilustrator, Media Studio dan sebagainya.
|
Interaktiviti
|
• Interaktiviti
membenarkan pengguna mengawal pergerakan ke atas kandungan dan menentukan
sendiri aliran maklumat di dalam aplikasi atau perisian tersebut.
• Contoh
: Macromedia Flashplayer.
|
Web
|
• Memandangkan
halaman web telah menjadi medium penyebaran maklumat yang penting, terdapat
aplikasi yang berfungsi sama dengan web di jaringan internet.
• Contoh
: Microsoft Frontpage, Macromedia Dreamweaver
|
Fungsi Pengisian Pengarangan
Jenis
Perisian Pengarangan
|
Contoh
|
Teks
|
·
Notepad
·
Wordpad
·
MS Word
·
MS Power Point
|
Audio
|
·
Sound Forge
·
Cool Edit
·
Audio Grabber
|
Animasi
|
·
Animation Shop
·
Macromedia Flashplayer
|
Video
|
·
Adobe Premier
·
Movie Maker
·
Pinnacle Studio
|
Mengedit Gambar
atau Melakar Lukisan
|
·
Adobe Photoshop
·
Adobe Ilustrator
·
Paint
|
Pengarangan Halaman
Web
|
·
Macromedia Flash
·
Macromedia Dreamweaver
·
Microsoft Frontpage
|