Wednesday, 15 April 2015

 

 

PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PdP

by : CIKGU AINA





PROFIL DIRI




Nama                                  : Aina Shafina Bt. Zainal Abidin

No. Matrik                          : D 20111047647

Negeri asal                        : Perak

Tarikh Lahir                       : 6 Februari 1991

Bilangan adik-beradik        : 4 orang

Latar belakang pendidikan: - SK Convent Kota, Taiping (1998 - 2003)

                                         - SMK Taman Tasik, Taiping (2004 - 2008)
                
                                       - SMK King Edward VIII, Taiping (2009 - 2010)

Nama Sekolah Latihan Mengajar   :  SMK Taman Panglima, Taiping

Program Major                               :   ISMP Bahasa Melayu

Program Minor                               :   Kesusasteraan Melayu

Fakulti                                            :   Fakulti Bahasa dan Komunikasi

Jawatan yang disandang serta penglibatan semasa Latihan Mengajar :


- Guru Pembimbing Persatuan Bahasa Melayu

- Guru Penasihat Unit Beruniform Renjer Puteri

- Guru Pelatih Pasukan Koir Renjer Puteri

- Guru Pelatih Pasukan Kawad Unit Beruniform SMK Taman Panglima 2014

- Guru Pelatih Program Celik Membaca SMK Taman Panglima 2014

- Ahli Jawatankuasa Tugas-tugas Khas Perkhemahan Perdana SMK Taman
  Panglima 2014

- Ahli Jawatankuasa Buletin, Dokumentasi dan Laporan Sambutan Bulan
  Kemerdekaan 2014

- Ahli Jawatankuasa Majlis Berbuka Puasa SMK Taman Panglima 2014

- Ahli Jawatankuasa Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana SMK Taman
  Panglima 2014

- Ahli Jawatankuasa Program Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan
  Bahasa Inggeris (MBMMBI)

- Pertandingan Boling Antara Guru-guru SMK Taman Panglima, Taiping



Jawatan yang disandang serta penglibatan  sepanjang tempoh pengajian di UPSI :



- Penolong Bendahari Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) UPSI

- Rakan Exco Akademik dan Kerjaya Kolej Za'ba

- Ahli Jawatankuasa Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi Kali Kedua

- Ahli Jawatankuasa Seminar Wacana Pemikiran Dato' Dr. Hassan Ahmad

- Ahli Jawatankuasa Protokol Majlis Malam Bintang Begemerlapan Psikolinguistik

- Ahli Jawatankuasa Seminar Teori Kritikan Sastera Melayu

- Ahli Jawatankuasa Penerbitan dan Informasi Pementasan Teater Dari Lumpur

- Ahli Jawatankuasa Persiapan Tempat Kem Kepimpinan Pembimbing Rakan
  Sebaya UPSI




 
LATAR BELAKANG SEKOLAH SMK TAMAN PANGLIMA

TAIPING, PERAK



Logo Sekolah




Bangunan sekolah



    

                
Sesi perhimpunan

  




Sudut MBMMBI
       

         

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Panglima Assam Kumbang atau nama ringkasnya SMK Taman Panglima (SMKTP), merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Taiping. Sekolah ini adalah sekolah menengah harian yang terletak di bawah tadbiran daerah Larut Matang dan Selama. Sekolah ini mula menerima pelajar pada tahun 2002. Pada tahun pembukaan sekolah tersebut, sekolah ini memiliki seramai lebih kurang 1000 orang pelajar, 71 orang guru dan 10 orang staf bukan akademik. Puan Rahimah binti Jamaluddin merupakan pengetua sekolah ini sejak 1 Julai 2007 bagi menggantikan Encik Mat Sari bin Dan yang bersara wajib pada 22 Jun 2007. Pada tahun 2009 pula, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Panglima memiliki seramai 529 orang pelajar lelaki dan 477 orang pelajar perempuan. Bilangan ini menjadikan jumlah keseluruhan pelajar adalah seramai 1006 orang. Manakala bilangan gurunya pada tahun tersebut pula adalah seramai 70 orang.




                   

CORETAN KENANGAN SEPANJANG LATIHAN MENGAJAR


Bersama Guru Pembimbing Pn, Hjh. Rafizah Bt. Hassan


Bersama Pengetua SMK Taman Panglima, En. Muhammad Dan B. Mahat

Pasukan Koir Renjer Puteri semasa sambutan Ambang Kemerdekaan



Bersama pelajar-pelajar kelas 2 PC


Pasukan Gamelan SMK Taman Panglima, Taiping




Latihan Kawad Unit Beruniform


Pelajar tingkatan 2 sedang menduduki peperiksaan akhir tahun



KONSEP INTEGRASI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)





Seiring dengan perkembangan dunia semasa dan era globalisasi, bidang pendidikan turut mengalami perubahan yang pesat dari segi sistem mahupun pengurusannya. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd.Rahim, 2005). Perubahan ini memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat terutamanya negara-negara membangun. Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan ideologi abad ke-21.Teknologi Pendidikan memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Justeru itu, perubahan daripada pendekatan pendidikan bersifat tradisional atau berasaskan kertas dan pen memerlukan transformasi dengan segera untuk berubah kepada pendidikan yang berteknologi. Perubahan ini bukan sahaja terhad kepada usaha pihak kerajaan semata-mata sebaliknya memerlukan penglibatan semua pihak. Misalnya, dengan adanya penubuhan MSC suatu ketika dahulu, Malaysia menjadi negara yang berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi maklumat. Revolusi maklumat hasil daripada kemajuan teknologi memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan. Di samping itu, kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan.

Saban hari, profesion perguruan semakin rancak disogokkan dengan penggunaan pelbagai teknologi untuk memperbaharui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu aspek pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula teknologi digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Penggunaan teknologi dalam PdP memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tepat dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan teknologi terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi PdP. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses PdP kurang berkesan.

Kecanggihan yang semakin berkembang menyediakan banyak manfaat kepada manusia. Pelaksanaan aktiviti dalam kehidupan seharian menjadi semakin mudah, efektif dan efisien dengan kewujudan pelbagai alat teknologi. Demikian juga dengan aktiviti PdP di dalam bilik darjah. Penggunaan alat-alat teknologi semasa sesi PdP bukan sahaja menjadikan sesi tersebut lebih menarik dan mudah, tetapi mampu meningkatkan minat dan fokus para pelajar. Pengintegrasian teknologi dalam pendidikan bukan sekadar menjadi trend dan ikutan semata-mata, tetapi lebih menjurus kepada pengaplikasian sebuah pendekatan baru dan terkini dalam menghasilkan satu sesi PdP yang berinovasi.

Istilah teknologi dikaitkan dengan alat teknologi moden (komputer, projektor LCD, overhead projektor, tv, dll.). Teknologi bermaksud produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem penididikan atau latihan. Istilah pengintegrasian pula berasal daripada kata dasar integrasi yang membawa maksud bergabung atau berpadu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:582), pengintegrasian ditakrifkan sebagai proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat,pandangan,dll). Konsep integrasi teknologi dalam pendidikan boleh didefinisikan sebagai pengintegrasian tanpa batas antara pelbagai media dalam satu persekitaran digital bagi memenuhi tujuan persekitaran pembelajaran, pedagogi, reka bentuk kurikulum dan stail pembelajaran pelajar (Halimah, 2005).

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam PdP memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam PdP. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Menurut Tajul Ariffin dan Nor’Aini (2002) kejayaan negara yang bertitik-tolak dari pembentukan modal insan yang cemerlang sentiasa berkait rapat dengan kejayaan dalam bidang pendidikan. Integrasi teknologi dalam bidang pendidikan dilihat membantu pelajar dan juga guru untuk memantapkan proses PdP. Selain itu, pengintegrasian teknologi dalam pendidikan telah membentuk pembelajaran secara autentik dengan cara pelajar diberi peluang belajar untuk menyelesaikan masalah berdasarkan tugas dunia sebenar.




 


CARA MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)


Dalam proses PdP guru memainkan peranan bermula dari persediaan sebelum mengajar, semasa mengajar dan juga penilaian selepas sesi PdP. Umumnya, penggunaan alat-alat teknologi semasa PdP mampu menjadikan sesi tersebut lebih menarik dan mudah, serta mampu meningkatkan minat dan fokus para pelajar. Penggunaan peralatan teknologi seperti ini bukan menjadi trend dan ikutan semata-mata, tetapi lebih menjurus kepada pengaplikasian sebuah pendekatan baharu dan terkini dalam menghasilkan satu sesi PdP yang berinovasi. Antara peralatan teknologi terkini yang boleh digunakan oleh guru ketika sesi PdP di dalam kelas adalah seperti komputer (desktop, laptop, notebook), kamera (digital,video), projektor (overhead projektor, projektor LCD), pembesar suara (speaker), skrin layer dan juga peralatan multimedia lain (software/perisian pengarangan).



Peralatan teknologi yang boleh digunakan oleh guru semasa PdP




Berdasarkan contoh-contoh perlatan teknologi di atas, guru boleh menggunakannya mengikut kreativiti masing-masing. Tetapi jika guru hanya menggunakan peralatan tersebut sahaja, ianya masih belum mencukupi untuk mencapai tuntutan teknologi. Sehubungan itu, guru boleh mengaplikasikan penggunaan pengisian pengarangan yang pelbagai bagi mengintegrasikan teknologi dalam PdP. Perisian Pengarangan bermaksud perisian yang digunakan untuk mengintegrasikan elemen-elemen perisian seperti teks, grafik, animasi, audio dan video dalam menghasilkan sebuah perisian kursus pendidikan yang interaktif (Goh Boon Cheng, 2009). Dengan adanya perisian seperti ini, ianya dapat menjimatkan masa untuk menghasilkan suatu aplikasi yang rumit. Bukan itu sahaja malahan, perisian pengarangan mampu menyediakan persekitaran dengan menghubungkan semua isi kandungan ke dalam sebuah aplikasi yang ingin dibangunkan. Setiap perisian pengarangan pula mempunyai fungsi serta jenisnya yang tersendiri. Antara fungsi dan jenis yang dimaksudkan ialah :



Fungsi
Contoh

Mengedit
  Perisian menyediakan peralatan mengedit elemen-elemen multimedia : grafik, animasi, teks, audio dan video.
      Contoh : Adobe Photoshop, Adobe Ilustrator, Media Studio dan sebagainya.

Interaktiviti
     Interaktiviti membenarkan pengguna mengawal pergerakan ke atas kandungan dan menentukan sendiri aliran maklumat di dalam aplikasi atau perisian tersebut.
       Contoh : Macromedia Flashplayer.

Web
      Memandangkan halaman web telah menjadi medium penyebaran maklumat yang penting, terdapat aplikasi yang berfungsi sama dengan web di jaringan internet.
      Contoh : Microsoft Frontpage, Macromedia Dreamweaver
Fungsi Pengisian Pengarangan




Jenis Perisian Pengarangan
Contoh
Teks

·         Notepad
·         Wordpad
·         MS Word
·         MS Power Point
Audio

·         Sound Forge
·         Cool Edit
·         Audio Grabber
Animasi

·         Animation Shop
·         Macromedia Flashplayer
Video

·         Adobe Premier
·         Movie Maker
·         Pinnacle Studio
Mengedit Gambar
atau Melakar Lukisan

·         Adobe Photoshop
·         Adobe Ilustrator
·         Paint
Pengarangan Halaman
Web

·         Macromedia Flash
·         Macromedia Dreamweaver
·         Microsoft Frontpage 

No comments:

Post a Comment